Tuesday, August 09, 2005

perbezaan budaya - silat cekak dan melayu kini

bagaimana silat cekak boleh mengubah budaya melayu

[to be updated..]

Melayu perlu ubah cara berfikir

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Orang Melayu memang patut diberi program perniagaan dan motivasi yang berkesan oleh kerajaan, terutama bagi mengubah cara mereka berfikir supaya mampu berjaya, kata pakar motivasi antarabangsa terkenal, Billi Lim.

Penulis buku Dare To Fail (Berani Gagal) itu berkata, Dasar Ekonomi Baru (DEB) hanya berusia 30 tahun sedangkan kaum Cina yang dikenali sebagai kaum yang paling berjaya dalam perniagaan telah mempunyai sejarah beratus tahun.

``Rahsia utama untuk orang Melayu berubah ialah ``cara berfikir'' mereka,'' katanya sambil merujuk kepada ucapan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini yang menyebut perkataan yang sama.

``Jika anda lihat, terdapat perbezaan antara kaum Cina di luar negara dengan orang Cina di China. China hari ini menjadi kuasa ekonomi disebabkan pelaburan daripada orang Cina yang berada di luar negara,'' katanya ketika ditemui pemberita Bernama.

Mereka (orang China) sudah terlalu lama berada dalam kongkongan komunis dan mereka juga berhadapan dengan masalah ``cara berfikir'', katanya.

Beliau tidak menolak dasar seperti DEB mungkin perlu tetapi kerajaan harus mempunyai program yang berkesan untuk mengubah ``cara berfikir'' orang Melayu.

``Jika kerajaan tidak mempunyai program yang berkesan untuk mengubah ``cara berfikir'' mereka, DEB sukar untuk berjaya,'' katanya.

Billi yakin, cara berfikir seseorang mampu diubah berdasarkan pengalaman beliau memberi ceramah motivasi kepada 100 pertubuhan di seluruh dunia sejak 20 tahun lepas dan beliau sendiri pernah jatuh dalam perniagaan berulang kali.

``Orang Indonesia pun Melayu tetapi berbeza dengan di sini. Kita pun tahu minoriti Cina menguasai ekonomi Indonesia. Semangat Melayu Indonesia sangat kental malangnya mereka tidak ada bantuan seperti yang kerajaan Malaysia tawarkan kepada bumiputera,'' katanya.
Beliau sendiri menyaksikan ramai usahawan peribumi Indonesia yang berjaya dalam perniagaan walaupun jatuh berulang kali tetapi dengan sedikit bantuan, mereka tidak lagi memandang ke belakang.

``Kita mungkin berasa terlalu selesa di sini (Malaysia). Mengapa kita perlukan pekerja asing seramai 2 juta orang sedangkan kita ada tenaga kerja seramai 22 juta orang, kita bukan Australia,'' katanya. - Bernama

Monday, August 01, 2005

pantang dan larang

1. jangan menderhaka kepada guru
2. jangan menderhaka kepada ibu
3. jangan menderhaka kepada bapa
4. tidak boleh bergaduh sesama ahli silat ini
5. tidak boleh mencaci seni silat melayu asli yang lain

(to be continued...)
 
Copyright 2009 keaslian budaya membina bangsa. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan