Tuesday, August 09, 2005

perbezaan budaya - silat cekak dan melayu kini

bagaimana silat cekak boleh mengubah budaya melayu

[to be updated..]

Melayu perlu ubah cara berfikir

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Orang Melayu memang patut diberi program perniagaan dan motivasi yang berkesan oleh kerajaan, terutama bagi mengubah cara mereka berfikir supaya mampu berjaya, kata pakar motivasi antarabangsa terkenal, Billi Lim.

Penulis buku Dare To Fail (Berani Gagal) itu berkata, Dasar Ekonomi Baru (DEB) hanya berusia 30 tahun sedangkan kaum Cina yang dikenali sebagai kaum yang paling berjaya dalam perniagaan telah mempunyai sejarah beratus tahun.

``Rahsia utama untuk orang Melayu berubah ialah ``cara berfikir'' mereka,'' katanya sambil merujuk kepada ucapan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini yang menyebut perkataan yang sama.

``Jika anda lihat, terdapat perbezaan antara kaum Cina di luar negara dengan orang Cina di China. China hari ini menjadi kuasa ekonomi disebabkan pelaburan daripada orang Cina yang berada di luar negara,'' katanya ketika ditemui pemberita Bernama.

Mereka (orang China) sudah terlalu lama berada dalam kongkongan komunis dan mereka juga berhadapan dengan masalah ``cara berfikir'', katanya.

Beliau tidak menolak dasar seperti DEB mungkin perlu tetapi kerajaan harus mempunyai program yang berkesan untuk mengubah ``cara berfikir'' orang Melayu.

``Jika kerajaan tidak mempunyai program yang berkesan untuk mengubah ``cara berfikir'' mereka, DEB sukar untuk berjaya,'' katanya.

Billi yakin, cara berfikir seseorang mampu diubah berdasarkan pengalaman beliau memberi ceramah motivasi kepada 100 pertubuhan di seluruh dunia sejak 20 tahun lepas dan beliau sendiri pernah jatuh dalam perniagaan berulang kali.

``Orang Indonesia pun Melayu tetapi berbeza dengan di sini. Kita pun tahu minoriti Cina menguasai ekonomi Indonesia. Semangat Melayu Indonesia sangat kental malangnya mereka tidak ada bantuan seperti yang kerajaan Malaysia tawarkan kepada bumiputera,'' katanya.
Beliau sendiri menyaksikan ramai usahawan peribumi Indonesia yang berjaya dalam perniagaan walaupun jatuh berulang kali tetapi dengan sedikit bantuan, mereka tidak lagi memandang ke belakang.

``Kita mungkin berasa terlalu selesa di sini (Malaysia). Mengapa kita perlukan pekerja asing seramai 2 juta orang sedangkan kita ada tenaga kerja seramai 22 juta orang, kita bukan Australia,'' katanya. - Bernama

Monday, August 01, 2005

pantang dan larang

1. jangan menderhaka kepada guru
2. jangan menderhaka kepada ibu
3. jangan menderhaka kepada bapa
4. tidak boleh bergaduh sesama ahli silat ini
5. tidak boleh mencaci seni silat melayu asli yang lain

(to be continued...)

Sunday, July 31, 2005

pengenalan

"keaslian budaya membina bangsa" - tema perayaan 40 tahun silat cekak yang dilancarkan pada 18 jun yang lalu di auditiorium besar UIA oleh yang berbahagia menteri di jabatan perdana menteri dato' seri mohd radzi bin sheikh ahmad dengan gilang-gemilangnya.

ucapan oleh Yang Mulia Guru Utama, Tuan Haji Ishak bin Itam sempena penyampaian sijil rendah silat cekak (konvokesyen) yang diadakan di auditorium besar UIA Gombak

silat cekak kini sudah pun berusia 40 tahun, satu usia yang cukup matang andainya silat cekak itu seorang manusia. ada pepatah mengatakan bahawa "life begins at 40". dan apa yang difahamkan melalui penerapan di dalam silat cekak ini ialah, usia 40 tahun ialah satu usia yang cukup matang, dan sudah sepatutnya cukup bersedia bagi menghadapi segala jua rintangan dan cabaran yang diberikan.

lahirnya cekak kerana kesedaran, bukan bermusuh sebagai tujuan, untuk mendaulatkan seni kebangsaan, menyesuaikan dengan makna kemerdekaan.

28 disember 1965, di rumah encik shaffie bin darus, menyaksikan kelahiran semula silat cekak yang diperturunkan oleh encik yahya bin said kepada almarhum ustaz haji hanafi bin haji ahmad.

di dalam perancangan dan persediaan untuk majlis penutup perayaan yang dijadualkan berlangsung pada jun 2006 di ipoh perak, pelbagai aktiviti telah pun digarispandukan untuk dilaksanakan dalam masa kurang dari setahun ini. salah satu daripadanya ialah penerbitan dan pelancaran buku "Keaslian Budaya Membina Bangsa". dalam pada itu saya kini turut berusaha dalam menyumbangkan idea dan artikel yang bersesuaian untuk buku ini. dengan ini diharapkan segala idea yang datang dengan tiba tiba akan dapat dicatatkan di dalam blog ini.

semoga segala kerja kita dirahmati dan diberkatinya selalu, insyaAllah.

(to be updated...)

 
Copyright 2009 keaslian budaya membina bangsa. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan